Monday 14 March 2011

11 Cara Membuat Otak Anda Lebih Cerdas






Para ilmuwan dari University of California, Berkeley, AS, pernah meneliti otak tikus. Mereka menemui hasil yang menakjubkan iaitu, otak tikus membesar sebanyak 4% ketika tikus tersebut dipaksa menjalani tugas mental setiap hari, misalnya mencari jalan keluar dari lorong yang berliku, memanjat tangga, dan bersosialisasi dengan tikus lain.

Hebat, otak tikus saja boleh dilatih untuk tumbuh, apalagi otak manusia. Makin dilatih, otak kita pasti kian tajam. Kehilangan daya ingat dalam jumlah tertentu pada usia berapa pun adalah wajar, sama seperti terjadinya perubahan pada organ tubuh lain. Yang penting, jangan malas untuk rajin melatih otak kita agar daya ingat tetap kuat sepanjang masa.


Inilah 11 cara bagaimana membuat otak anda lebih cerdas:

1. Latih kemampuan mengamati
Perhatikan disekitar anda. Rakam dalam fikiran apa yang anda lihat, mulai dari yang paling sederhana dan diteruskan dengan observasi yang lebih rumit.

2. Asah panca indra

Boleh dilatih dengan membezakan rasa makanan yang disukai dan yang tidak. Menyedari bau dan aroma di sekitar atau bunyi-bunyian yang ada di jalan atau mungkin rasa panas atau dingin udara di sekitar Anda.

3. Hafalkan nama teman-teman dan nombor telefon mereka.

Berapa ramai yang dapat diingat? Latih supaya mampu mengingat lebih banyak.

4. Pelajari sesuatu yang baru

Banyak membaca dan berkenalan dengan hal-hal lain yang mungkin bukan bidang anda, seperti mempelajari bahasa asing, pengetahuan tentang komputer, dan lain-lain.

5. Gunakan tangan supaya mengikuti petunjuk otak

Misalnya bermain gitar, mengetik tanpa melihat nota muzik, mengerjakan ukiran dari kayu, atau berlatih menulis halus.

6. Tekuni hobi

Gunakan kesempatan untuk mengembangkan hobi anda.

7. Pelajari dan hafalkan tarikh-tarikh penting
Tarikh lahir anggota keluarga, teman, atau perayaan tertentu.

8. Hafalkan sesuatu yang anda sukai

Boleh jadi itu puisi, lagu, kalimat dari sebuah buku atau kata-kata seseorang. Seboleh mungkin juga usahakan agar kata-kata yang digunakan adalah bahasa asing misalnya menghafal surah-surah dalam al-Quran

9. Latihan menghafal urutan angka berderet panjang
Misalnya menghafal nombor akaun bank anda : 32145687390282930498.
Ini adalah bentuk latihan memperbaiki daya ingat jangka pendek. Lakukan dengan mengelompokkan atau memecah bilangan itu menjadi beberapa bahagian, misalnya 3214568 kemudian 7390282 dan terakhir 930498.

10. Ingat perjalanan pribadi

Apa yang sedang anda kerjakan satu jam lalu, minggu lalu pada hari Rabu pukul 10.00, misalnya. Dengan siapa, di mana, dan seterusnya.

11. Ingat dan teliti ulang pengeluaran harian

Apa yang anda beli kelmarin? Berapa wang yang ada dalam dompet anda sekarang? Bila kali terakhir anda mengambil wang tunai, dan seterusnya.

Latihan-latihan ini akan memungkinkan sel otak tetap aktif dan jaringan penghubung antara sel otak semakin rapat. Kegiatan mental yang menantang meningkatkan jumlah sirkuit aktif atau sinapsis dalam otak. Semakin banyak sirkuit, semakin banyak asosiasi, makin besar pula kemampuan mengingat.


Sumber :
http://www.isisurakartablog.com/2011...ih-cerdas.html

No comments:

Post a Comment